Cara Menghilangkan ‘Black Heads’ di hidung

Black heads adalah istilah umum yang biasa digunakan bagi menggambarkan bintik kecil yang timbul pada permukaan kulit muka dengan titik hitam di tengah. Black heads tidak sakit dan mudah dikenal pasti timbul di kawasan hidung atau dahi, pipi serta belakang badan.

Istilah perubatan bagi black heads adalah `open comedones’. Komedon disifatkan sebagai gumpalan kecil di dalam liang pori kulit dan merangkumi sel kulit mati serta bahan berminyak (sebum) dari kelenjar minyak kulit.

Komedon terhasil apabila sel kulit mati dalam liang pori tidak dapat disalurkan keluar ke permukaan kulit. Sebaliknya, ia berkumpul dan bergabung dengan sebum lalu menyebabkan tersumbat di dalam liang pori kulit.

Pada masa sama, bakteria juga banyak berkumpul di dalamnya. Jika bukaan liang pori tertutup, ia dikenali sebagai closed comedones (white heads). Jika bukaan liang pori terbuka, ia dipanggil open comedones (black heads).

Apabila komedon berkenaan pecah di bawah kulit, bakteria akan menyerang tisu kulit sekelilingnya lalu membentuk benjolan kecil berwarna merah yang dipanggil papule atau jerawat.

Faktor yang memudahkan seseorang mendapat open comedones atau black heads adalah faktor keturunan iaitu jenis kulit berminyak dan pengelupasan (exfoliation) kulit kurang sempurna.

Adik harus sedar bahawa penting merawat black heads kerana ia sebahagian daripada jerawat. Antara rawatan yang disyorkan adalah ubatan mengandungi `pengelupasan’ sel kulit mati supaya ia terlerai dengan sempurna dan mampu mengurangkan keadaan kulit berminyak.

Bagaimanapun, langkah terbaik ialah berjumpa doktor bagi menjalani rawatan lebih menyeluruh. Ubat yang boleh digunakan merangkumi krim sapuan yang mengandungi bahan Benzil Peroksida atau bahan retinoid.

Bagaimanapun, terdapat beberapa produk yang memudahkan proses untuk membersihkan black heads iaitu

Shiseido Black Mineral Mask From Japan

Shiseido Blackhead Remover Mask sangat disarankan kerana berfungsi untuk membersihkan dan menanggalkan sel kulit mati, blackheads dan whiteheads, mengecilkan pori-pori, memutihkan dan mencerahkan kulit muka.

Sheseido Black Mask berkesan utk memulih, mencerah, menghalus, melembut, mengatasi masalah kulit gelap/tak sekata, kesan terbakar, jerawat, jeragat, menyerap minyak 3x lebih berkesan, membantu membuang bintik2 hitam /putih diwajah, juga menghaluskan liang2 roma terbuka. Sesuai utk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

Klik gambar untuk info lebih lanjut.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.