Karektor Maskara dan Fungsinya

Maskara serlahkan penampilan

1. Melebatkan bulu mata

Jika anda inginkan bulu mata lebih tebal pilih maskara dengan berus yang agak tebal dan penuh. Ini akan membuat semakin banyak cairan maskara menempel pada bulu mata.

 

2. Memanjangkan bulu mata

Bagi yang ingin memanjangkan bulu mata pilih berus berukuran kecil dan berbulu tebal. Maskara jenis ini berfungsi mencapai bulu mata sehingga ke kawasan akar bulu mata.

 

3. Menjadikan bulu mata lebih lentik

Untuk mendapatkan bulu mata lebih lentik tanpa menggunakan penyepit bulu mata gunakan maskara yang berusnya sedikit bengkok. Maskara jenis ini boleh mencapai ke setiap helai bulu mata termasuk yang pendek dan kemudian mengangkatnya menjadi lebih lentik.

Petikan: Metro

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.