Mengandung atau hamil menyebabkan tubuh badan Ibu bertambah berat, berisi dan tembam. Ramai ibu-ibu bertungkus lumus bersenam, mengurut selepas bersalin supaya tubuh badan kembali langsing seperti sebelum hamil.
Disini petua melangsingkan badan dipetik dari Majalah pilihan ramai ibu-bapa iaitu Majalah Pa&Ma.
Ambil dua biji lobak merah, sebiji timun dan sebiji limau nipis. Potong kecil-kecil dan kisar sehingga hancur. Selepas itu, tapis airnya dan minum. Amalkan dua kali sehari meminum jus campuran ini iaitu pada waktu pagi dan malam. Hasilnya, badan anda akan menjadi langsing seperti yang diimpikan.
Untuk kaedah moden, kini terdapat seluar sauna yang mudah dipakai dan digunakan. Harga berpatutan. Disini petuanek kongsikan sauna belt; dwifungsi panas sauna dan getaran. Memaksimumkan getaran sebagai tumbukan pecah lemak dan panas sauna menggalakan perjalanan darah dan mengeluarkan peluh iaitu toksin dari badan. Selain tubuh anda menjadi langsing, anda juga akan berasa lebih segar dan cergas.