Petua Kuruskan Badan Tanpa Ubat-Ubatan

Setiap orang mengimpikan tubuh badan yang langsing dan cantik. Percayakan anda tanpa mengambil pil-pil sampingan ataupun ubat-ubatan boleh menguruskan badan anda? Untuk mendapatkan tubuh badan yang langsing, cuba anda praktikkan beberapa langkah di bawah ini:-

Minum 8 gelas air kosong sehari

Air kosong sebenarnya mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan dapat membantu proses metabolisma bagi menyingkir simpanan lemak di dalam tubuh. Cuba anda meminum air kosong sebelum makan makanan yang berat. Pasti selera anda untuk makan banyak berkurangan.

Jangan biarkan perut kosong/berlapar

Kita mendapat sumber tenaga melalui pemakanan. Apabila anda menggunakan tenaga lebih daripada bekalan tenaga dari makanan yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’ (otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisme tubuh menjadi rendah.

Sebagai contoh:- Bila anda terlalu lapar, kebiasaannya anda akan mengambil makanan dengan lebih banyak. Walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, namun kadar metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan kalori tidak terbakar pada tahap yang sama lagi.

Elakkan minuman berkarbonat

Kebiasaanya, minuman berkarbonat ini mengandungi 8-9 sudu gula dalam satu sajian. Anda tidak digalakkan untuk mengambilnya kerana bahaya untuk kesihatan anda.

Ambil sarapan pagi

Anda boleh menurunkan berat badan anda dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, gemuk juga menyebabkan seseorang itu tidak mengambil sarapan pagi. Ini kerana, sarapan pagi menstabilkan harmon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisma juga meningkat untuk membakar kalori.

Makan dengan kerap

Anda disarankan memakan makanan dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali atau dua kali tetapi dengan kuantiti yang banyak.

Memilih makanan yang berempah

Terdapat beberapa yang boleh membakar kalori seperti cili dan biji sawi. Selain itu, penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman malah meningkatkan pembakaran lemak.

Cuci mulut

Sekiranya anda penggemar snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

Pilih makanan berbijirin atau berkacang

Ambil banyak makanan bijirin dan kekacang. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

Cara masakan

Cara masakan juga mempengaruhi kesihatan pemakanan anda. Cara masakan paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah dengan cara merebus, memanggang atau mengukus. Untuk memasak sayuran, anda tidak perlu memasak sehingga layu kerana ini mengurangkan zat dalam kandungan sayuran itu. Gunakan sedikit minyak untuk memasak sayuran. Hindari minyak yang banyak atau lemak haiwan.

Kurangkan pengambilan gula

Kurangkan pengambilan gula kerana setiap sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

Perkakas makanan

Anda dinasihatkan memilih piring makanan yang rata dan tidak digalakkan mengambil piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, ambil lauk dagingnya.

Kunyah makanan kepada cebisan lebih kecil

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah hadam.

Makan perlahan-lahan

Makanlah makanan dalam keadaan perlahan-lahan dan jangan terlalu gopoh. Dengan memakan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukkan kepuasan.

Senaman dan banyakkan buat latihan

Berjalan-jalan selepas makan, membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Terutama sekali anda menaiki tangga. Lakukannya dengan penuh santai dan tidak memaksa diri.

Untuk mengempiskan perut, lakukan permainan hula hoop. Aktiviti fizikal seperti berbasikal, jalan cepat, renang dan bersenam membantu mendapat bentuk badan yang langsing. Untuk lebih mudah boleh cuba ikuti formula disini;

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.