Setiap wanita memang inginkan badan cantik dan langsing dengan pinggang ramping serta potongan pinggul dan paha menawan.
Selain penggunaan produk kecantikan yang mensasarkan pada bahagian tubuh bermasalah, apa kata lakukan secara semula jadi dengan mengamalkan beberapa panduan mudah untuk mendapatkan bentuk badan diingini.
Berikut beberapa petua serta panduan gaya hidup yang boleh diamalkan untuk memperoleh bentuk badan menarik:
Kurangkan saiz hidangan makanan
Sesiapa saja cenderung makan berlebihan terutama pada waktu makan malam.
usteru, cuba habiskan hanya tiga suku hidangan makanan dan bungkus bakinya untuk dimakan keesokan hari.
Dengan cara ini, kita tidak rasa bersalah kerana membazirkan makanan malah boleh menjimatkan wang.
Minum air
Jus buah-buahan, minuman ringan dan kopi susu yang menjadi minuman kegemaran mengandungi banyak kalori tersembunyi, terutama jika dinikmati beberapa kali sehari.
Air kosong pilihan lebih menyihatkan, tetapi jika ingin menambah sedikit perasa, tambahkan hirisan lemon atau epal.
Yoga sesuai untuk mereka yang baru mula bersenam.
Ia meregangkan semua otot yang kurang digunakan, jadi boleh menjauhkan masalah sakit belakang dan mula menampakkan tangan, paha dan perut yang lebih kental.
Mulakan rutin senaman selama 30 minit tiga kali seminggu.
Tidur awal
Kekurangan tidur boleh menyebabkan kenaikan berat badan?
Kurang tidur juga mengganggu metabolisme, oleh itu lelapkan mata sebelum jam 12 tengah malam (bukan 1 pagi) untuk mendapat tempoh tidur yang mencukupi dan badan juga dapat pulih secara semula jadi ketika tidur.
Urut badan
Sekali dalam sebulan, manjakan diri dengan rawatan urut badan untuk merangsang peredaran darah.
Misalnya, kita juga boleh manfaatkan sepenuhnya krim pelangsingan kegemaran dengan mengurut badan menggunakan penggelek genggam sehingga krim diserap sepenuhnya.
sebagai contok Serum Pelangsingan L’arome dari teknologi stemcell apple ini merangsang pembakaran lemak dibadan, menghilangkan selulit, memudarkan rekahan kulit (strechmark) selepas bersalin.
Hanya dengan sapuan dua kali sehari (6-8picit sekali guna), anda boleh menurunkan berat badan sehingga 20kg sebulan, kulit cantik dan yang pastinya bentuk badan langsing dan menawan.
Info: email: asieda82@gmail.com atau whatsapp terus ke 0123312030
Petikan harian metro