Memutihkan Kulit Muka dan Badan

Untuk kelihatan cantik, putih dan menarik sememangnya menjadi impian setiap wanita.  Malah ada yang sanggup berhabis berpuluh ribu ringgit malah jutaan ringgit untuk kelihatan cantik. Justeri, ini ada beberapa tips untuk mencantikkan kulit dan memutihkan badan

Di China, memang terkenal dengan produk kosmetik berasaskan sayur dan buah sebagai masker dan pembersih kulit seluruhnya. Ini kerana, sayur dan buah bebas dari zat pengawet dan pewangi. Disebabkan itu, kebanyakkan produk darinya sesuai untuk semua jenis kulit mahupun untuk kulit sensitif.

Kandungan air dalamnya dapat melembabkan kulit dan lemaknya dapat menghalang proses penguapan air melalui pori-pori liang roma, hingga menjadikan kulit bersih, lembut, anjal dan berseri.

Namun, tidak semua sayur dan buah dapat memutihkan kulit badan. Timun, jeruk, labu, kacang soya, sederi dan pisang baik untuk pembersihan kulit khususnya pada wajah. Manakala, untuk putihkan kulit, gunakan labu dan timun. Kandungan vitamin B dan C dalam labu dapat memutihkan kulit badan dan dapat menghilangkan ‘sunburn’ akibat cahaya matahari.

Timun yang kaya vitamin, lemak dan mineral juga dapat memutihkan kulit tetapi sebaiknya jangan anda campurkan buah atau sayur yang mengandung vitamin C kerana ia akan menuetralkan vitamin dalam timun tersebut. Sedangkan vitamin, kalsium, lemak dan protein pada kacang soya  berfungsi memberi gizi, melembabkan serta mengatasi iritasi pada kulit.

Petua Memutihkan Kulit Muka atau Badan:

1. Membuat ramuan dengan merebus 150 gram labu, lalu dilumatkan. Ambil 1 biji timun (berukuran sedang) di hiris dan di blender. Rendam 50 gram kacang soya selama beberapa jam, lalu haluskan dengan blender.

Sebelumnya, bersihkan wajah dengan pembersih yang mengandung sari mentimun.Kemudian, ratakan 1/3 bahagian jus timun pada wajah secara tipis dan merata, pijit perlahan-lahan secara memutar selama 1 minit dan biarkan beberapa saat.

Langkah selanjutnya adalah penguapan pada wajah dengan mencampurkan sisa jus timun ke dalam bekas berisi air panas. Biarkan wap air itu mengenai wajah anda selama 5-10 minit hingga wajah anda terasa hangat (proses sauna). Lalu ratakan secara tipis jus kacang soya pada wajah dan pijit/tekan secara merata selama 5 minit. Biarkan sesaat dan kemudian bersihkan dengan tuala muka yang basah.

Terakhir gunakan lumatan labu sebagai masker wajah dan biarkan selama 20 minit, lalu bersihkan. Maka wajah anda akan tampak lebih bersih dan putih dalam waktu yang lebih singkat.

2. Memutihkan keseluruhan badan dengan berendam dengan air susu. Selain dari menggunakan susu lembu segar, anda juga boleh menggunakan beberapa kotak susu segar yang di jual di kedai/pasaraya. Caranya, masukkan beberapa kotak air susu segar (sbg contoh ducthlady full cream) ke dalam tub mandi. kemudian rendam di dalam air tersebut selama 15-30 minit. Kemudian mandi seperti biasa. Kulit akan tampak putih, berseri dan gebu. Jangan lupa amalkan jua meminum susu segar setiap hari untuk tampak berseri dari dalaman.

3. Tambahan: untuk menghaluskan dan mencantik kulit badan keseluruhan, kami ada menyediakan produk sauna. Dengan menggunakan set sauna di rumah ini, anda dengan mudahnya mendapatkan impian untuk kulit cantik dan halus secara semulajadi dengan menggunakannya secara konsisten.

Apa Kebaikan Penutup Kepala?

~Kajian mendapati sauna mandi wap sangat baik terhadap sel-sel kulit termasuk juga di bahagian muka.
~Bertindak sebagai ‘facial sauna’ atau sauna yang dikhaskan utk bahagian muka
`
Ciri & Keistimewaan Set Sauna Opal:
1) Mempunyai penutup kepala yang berfungsi untuk merawat masalah migrain, kelemumur dan menghaluskan kulit wajah
2) Mempunyai tiga lapis kain iaitu PVC, fiber dan nylon
3) Hanya seminit untuk dipasang dan disimpan
4) Fleksibel dan boleh dibawa ke mana saja.
5) Jaminan selama 1 tahun.
6) Terdapat dalam dua warna menawan: silver dan biru.

 

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.