Merawat Tapak Kaki Pecah-Pecah

Tapak kaki yang pecah-pecah telah menyebabkan kesukaran bagi seseorang untuk memakai sepatu semasa berjalan. Selain kelihatan hodoh, kaki terasa sakit ketika berjalan. Untuk mengatasi masalah ini, ada satu petua yang dapat diamalkan iaitu merawatnya dengan Asam Jawa.

Cara-caranya:

Ambil asam jawa dan gosokkan ia pada tempat yang pecah-pecah atau merekah itu. Kemudian biarkan sehingga kering dan basuh sehingga bersih. Lakukan selalu, insya-Allah kesan pecah-pecah kaki anda akan kelihatan mengecut dan lembut.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.