Ramai ibu selepas bersalin mengalami ketegangan urat di seluruh betisnya. Kadang-kadang urat betisnya kelihatan timbul kerana bekerja keras menampung berat badan dan kandungan ketika hamil. Jika anda mengalami sedemikian, rawat lah betis anda dengan menggunakan halia dan kunyit hidup.
Tumbuk halia bara bersama kunyit hidup. Biarkan sehingga lumat dan basah sedikit. Kemudian, tekapkan pada betis anda. Cuba amalkan petua ini setiap hari sehingga ia menampakkan hasil yang baik.