Petua Untuk Kelihatan Cantik

Tips2 untuk wanita

1. Jadikan aktiviti membersihkan wajah sebagai rutin wajib anda setiap pagi dan malam. Pemeliharaan kulit merupakan asas penting dalam penampilan kecantikan anda.

2. Anda perlu menjadi orang yang paling arif mengenai wajah anda. Apabila anda ingin membeli set penjagaan muka atau kosmetik, baca butiran dengan terperinci untuk mengelakkan sebarang komplikasi.

3. Bersolek cukup sekadar untuk mengelak wajah dari kelihatan pucat. Solekan natural adalah lebih baik dan selamat untuk aktiviti harian anda. Tidak salah anda mengenakan solekkan tebal sekiranya anda mahir berdandan sendiri asalkan jangan sampai ada yang menegur muka anda.

Alatan Asas di dalam Bilik Mandi:

1. Wanita perlukan pisau cukur yang baik. Penggunaan pisau cukur bersama shaving foam atau aftershave dapat membantu anda untuk rasa lebih selesa selepas bercukur. – klu tak guna lgi bagus sebab kebykkan pisau cukur akan mengakibatkan kesan hitam.

2. Sponge yang lembut – Bagi mereka yang menggunakan buih mandian, sponge yang lembut memainkan peranan besar sewaktu anda mandi. Jika di gosokkkan secara teratur, ia dapat membantu menanggalkan sel-sel mati dan menjadikan kulit anda segar dan bersinar.

3. Pumice Stone – Berfungsi sebagai batu asah untuk tapak kaki anda. Pumice stone dapat membantu  menanggalkan daki dan sel-sel kulit mati di bahagian tapak kaki. Penggunaan yang kerap semasa mandi dapat membantu anda untuk memiliki tapak kaki bersih, sihat dan bebas dari bau yang kurang menyenangkan.

Alatan di Meja Solek:

1. Losyen badan atau minyak bayi dapat melembut dan menghaluskan kulit anda. Waktu yang paling sesuai untuk menyapu losyen atau minyak bayi pada tubuh anda adalah selepas mandi kerana kulit dalam keadaan rehat dan boleh menyerap dengan baik.

2. Sikat atau berus yang sesuai dengan rambut. Seeloknya, pilih sikat atau berus yang mempunyai gigi lebat, jarang dan pendek. Apa pun pilihan anda, pastikan anda tidak menyisir rambut ketika rambut anda basah kerana akar rambut lembut dan mudah patah. Tunggu sehingga rambut kering dan sedikit ringan.

3. Deodoran – Terdapat pelbagai jenis deodoran di pasaran dari yang roll-on, stick-on, cecair mahu pun semburan. Pengunaan deodorant dapat melindungi ketiak anda daripada mengeluarkan bauan yang kurang menyenangkan.

4. Bedak Tabur – Secara umumnya bedak yang kering. Pilih bedak yang  boleh melindungi kulit.

Masalah ketiak hitam, kehitaman di bahagian2 kulit yang terlipat, masalah jeragat, jerawat dll boleh cuba

SABUN SUSU BERAS ini >> sabun-susu-beras-100-asli-sabun-muka-dan-badan

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.