Petua 1:
Bagi wanita yang farajnya selalu berair dan berbau kurang menyenangkan, ambil segenggam serbuk teh dan letakkan ke dalam mangkuk. Tuangkan air panas, kemudian duduklah di atas mangkuk itu sehingga wapnya terkena faraj anda selama 3 minit. Selepas itu, basuh rata-rata dengan air teh itu. Amalkannya 2 kali, pada waktu pagi dan malam.
Petua 2:
Bahan:
2 biji kulit pisang muda
3 helai daun sireh bertemu urat
1 biji kulit pinang
Gambir sebanyak 3 keping
Sedikit kapur sireh.
Bahan-bahan tersebut hendaklah ditumbuk sehingga lumat. Kemudian direndamkan dengan setengah baldi air suam panas. Kemudian, basuh faraj anda dengan air tersebut 2 kali sehari, pagi dan malam, agar ia sentiasa bersih dan segar.
Petua 3 :
Untuk mengetatkan faraj, rebus biji manjakani dan air rebusan itu dijadikan bahan pencuci faraj. Faraj akan kembali ketat dan tidak mengeluarkan bau yang tidak enak. Petua ini juga boleh menghilangkan keputihan ya.
Petikan dari blog mamaeeja.blogspot.
1. Awet MudaAntioksida melambatkan proses penuaan sel.2. Pencegahan Kencing ManisAsid galik mengatasi kencing manis dan lelah.3. Pencegahan barah payudara dan rahimAntioksida manjakani mampu mencegah barah buah dada dan barah rahim.4. Pencegahan bau yang tidak diinginiManjakani dikatakan bersifat astringen, berupaya membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada faraj.5. Memulih otot dalaman farajTannin pada manjakani khabarnya mampu menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan sekali gus merapatkan bahagian yang longgar atau kendur.6. Mengawal lendir dan lelehan farajAstringen berupaya menyerap lendir dan lelehan faraj.7. Mengecutkan tisu-tisuAstringen dikatakan berupaya mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.8. Menegangkan dan mencantikkan kulitAstringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.