Tips Kuku Cantik

tip-kuku-cantikKecantikkan wanita itu kompleks. Bukan hanya tubuh, wajah, rambut.. kuku juga wajib mendapat perhatian khusus. Ini kerana kecantikkan itu menyeluruh termasuk kuku tangan dan kaki. Rawatan kaki dan rawatan tangan khususnya kuku di spa merupakan cara segera untuk mengatasi masalah kerosakan kuku tangan dan kaki. Selain menjaga kecantikan kuku, kebersihan dan kesihatan kuku harus di utamakan.

Rawatan di spa ini mampu membuatkan kaki dan tangan menjadi tenang. Bagaimana proses spa kuku ini dilakukan? Berikut langkah-langkah mudah yang boleh kita lakukan:

  1. Rendam kaki dalam air suam menggunakan besen, kemudian campurkan butiran garam mineral untuk menyegarkan yang berwarna biru untuk mengeluarkan kekotoran.
  2. Kuku perlu digosok dengan berus agar kotoran yang terlit dapat ditanggalkan.
  3. Semburkan kaki dengan penyegar.
  4. Telapak kaki dan kutikel jari yang tebal atau yang berlubang-lubang merekah diemplas dengan mesin khusus. Proses ini mampu mengikis bahagian telapak kaki yang kasar yang menimbulkan iritasi.
  5. Sapu krim di lapisan kuku untuk melembutkan kutikel agar mudah dibersihkan. Kemudian kutikel yang keluar dan menutup kuku di tarik keluar dengan menggunakan pencungkil agar semua kutikel dapat dibersihkan dengan baik.
  6. Sapu masker sambil mengurut hingga ke lutut untuk melancarkan peredaran darah. Kemudian bersihakan dengan menggunakan tuala yang suam.
  7. Selepas mengurut, celup kaki ke dalam cairan parafin yang merupakan lilin aromatherapi yang dicairkan. Cairan ini mengandungi estrak lavender yang mampu mengubati luka-luka kecil pada kaki dan melancarkan peredaran darah.
  8. Semasa kaki diangkat sebelum cairan parafin yang melekat pada kaki mengering, kaki dibungkus dengan plastik yang dilapiskan lagi dengan tuala elektrik untuk menjaga agar kaki tetap panas. Tunggu 15minit sehingga cairan itu kering.
  9. Lapisan parafin yang kering diangkat sedikit semasa plastik ditanggalkan.
  10. Sapu losyen di kaki sambil mengurut.
  11. Kemudian untuk kecantikkan kuku sapukan pengilat kuku, kuku disapu pelembap yang melapisi kuku sehingga bahan-bahan kimia tidak dapat masuk dan diserap ke dalam kuku.
  12. Sapu pengilat kuku merupakan langkah terakhir.
Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.