Untuk kesihatan badan, kita harus meminum air SEKURANG-KURANGNYA 2 liter atau 8 – 10 gelas sehari. Ia merupakan jumlah air yang perlu diambil dalam sehari bagi mengekalkan tubuh mendapat air secukupnya
Petikan: iSIHAT
tambahan info dibawah dipetik dari ikhwandanblog.
Waktu Untuk Minum Air
Minum dua (2) gelas air masak – SELEPAS BANGUN TIDUR.
-Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman
Minum segelas (01) air masak – 30 MINIT SEBELUM MAKAN.
-Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan
Minum segelas (01) air masak – SEBELUM MANDI.
-Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah
Minum segelas (01) air masak – SEBELUM TIDUR.
-Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur