5 Cara Elak Makan Malam Banyak

Jika ingin makan malam, pastikan anda tahu caranya. Makan malam yang sihat dan tidak melebihi keperluan kalori harian tidak akan mengakibatkan berlebihan berat badan.

Apa yang penting adalah jumlah kalori yang diambil dalam sehari, tidak kira sama ada semasa sarapan, makan tengah hari ataupun makan malam.

Jom ikuti tips elakkan makan banyak.

1. Elak makan dalam hidangan besar kerana ini menyebabkan anda makan sehingga habis.

2. Jangan langkau masa makan tengahari, ini boleh mendorong untuk anda makan berlebihan pada malam hari dan pasti anda akan tidur selepas itu.

3. Makan malam merupakan salah satu cara anda untuk melepaskan tekanan setelah penat bekerja di siang harinya. Jadi elakkan berlakunya perkara sedemikian.

4. Semasa menonton tv, pastikan anda mengambil snek yang terdiri dari buah-buahan yang mana buah-buahan bukan sahaja berkhasiat malah rendah kalori.

5. Minum air kosong 30minit selepas makan. Mungkin ini membantu sistem penghadaman anda dapat menyerap makanan yang dimakan dengan baik terlebih dahulu sebelum diisi dengan air.
Jadi lakukan sekarang untuk kehidupan yang lebih sihat

ISIHAT bil: 6

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.