Asid Folik

Asid Folik dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga  dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai  koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Asid Folik terlibat dalam metabolisma protien, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan  anemia. Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan “anxiety”.

Asid Folik  sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf  “embryonic” dan ” fetal” , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal.

Folic asid sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.

SUMBER:

Makanan berikut mengandungi Asid Folik : barli, daging lembu, bran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, buah oren,  sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin.

Kekurangan folik asid boleh menyebabkan :

  • Sakit disekeliling mulut.
  • Sakit lidah.
  • Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak.
  • Anemia.
Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.