Bawang Putih Membawa Pelbagai Khasiat

Bawang putih adalah salah satu bahan yang penting dalam masakan terutamanya untuk menumis lauk dan pelbagai juadah. Tetapi ada sesetengah orang tidak suka menggunakan bawang putih kerana mengeluarkan bau mulut yang tidak menyenangkan serta penyebab kepada badan berbau. Sebenarnya terdapat pelbagai manfaat dengan mengamalkan memakan bawang putih.

Anda tidak perlu risau dengan memakan bawang putih kerana terdapat manfaat yang baik untuk kesihatan anda. Antara kebaikan jika memakan bawang putih ialah:-

1. Mencegah jangkitan selesema

Bawang putih mempunyai sifat antivirus dan antibakteria yang berupaya untuk melawan selesema. Anda perlu hanya memakan bawang putih secara mentah dapat membantu melawan dan mencegah jangkitan selsema.

2. Mengurangkan paras kolestrol

Kolestrol adalah salah satu punca yang boleh mengakibatkan seseorang itu berisiko untuk mendapat sakit jantung. Dengan menggunakan bawang putih dalam masakan seharian boleh mengurangkan risiko sakit jantung.

3. Mengurangkan hipertensi

Bawang putih sebenarnya mempunyai zat yang bertindak sebagai pencair darah. Zat inilah yang dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan stroke.

Sekiranya anda seorang yang memiliki tekanan darah tinggi, bawang putih ini dapat menurunkan paras tekanan darah anda.

4. Menyihatkan kulit anda

Bawang putih boleh membantu membersihkan kulit dan menjadikan kulit anda bercahaya. Bagi anda yang mengalami masalah jerawat, penggunaan krim bawang putih dapat mengurangkan jerawat anda.

5. Meningkatkan fungsi antibodi

Daripada kajian, bawang putih dapat meningkatkan fungsi imun dengan merangsang sel-sel darah putih yang mana boleh meningkatkan fungsi antibodi badan.

 Bawang putih sebagai Ubat batuk:

Hancurkan bawang putih (tumbuk / kisar)
Masukan ke dalam susu segar,
Panaskan di dalam periuk sekitar 1-2 minit,
Minum ketika masih panas.

Bawang putih sebagai pemyembuh Buasir:

Mula-mula bersihkan dulu daerah anus (lubang dubur) dan sekitarnya dengan air hangat dan sabun, sapukan beberapa ulas bawang putih yang sudah dihancurkan sebanyak 3-5 kali pada anus yang telah dibersihkan, tunggu beberapa menit lalu bersihkan.

P/s: Dalam menggunakan bawang putih sebaiknya tidak dimakan mentah, kerana dapat mengganggu perut. Oleh kerana itu  bawang putih perlu terlebih dahulu direbus, digoreng, atau dipanggang dulu sebelum makan. Tetapi jangan sesekali meggunakan rawatan bawang putih ini dalam cara apa sekali pun ketika sedang menghadapi masalah atau penyakit di perut dan usus besar.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.