Berapa Banyak Senaman Diperlukan?

Bagaimana pula sekiranya ingin mengelakkan keletihan atau meningkatan imuniti tubuh, berapa lama dan kerap senaman diperlukan? Untuk mengetahuinya, artikel oleh Helen Foster ini diharapakn boleh membantu.

Jika anda bersenam untuk:

  1. Hidup lebih lama – Anda perlu sekurang-kurangnya berjalan cepat selama 30minit setiap hari, lima hari seminggu.
  2. Tidur lebih lena – Anda perlu melakukan apa sahaja jenis senaman di waktu pagi dalam tempoh 30minit.
  3. Meningkatkan imuniti badan – Anda perlu membuat senaman 60 – 80 minit senaman pada kebanyakkan hari.
  4. Betulkan jam biologi badan – Anda perlu sekurang-kurangkan melakukan 14 minit kardio berintensi tinggi.
  5. Mengelak keletihan – Anda perlu bersenam 20 minit, tiga kali seminggu.
  6. Meningkatkan emosi – Bersenam setiap pagi
  7. Mengecilkan perut- Lakukan 5 senaman setiap minggu yang dapat membakar sehingga 1680kj – dua yang berintensiti sederhana manakala bagi tiga sehingga tahap yang anda rasa sangat susah.
  8. Menguatkan ingatan – Anda perlu melakukan 45 minit kardio berintensi sederhana 3 kali seminggu.
  9. Melawan otot kendur – Anda perlu melakukan latihan kekuatan tiga kali seminggu. 10 kali bagi setiap berat, tiga set dan rehat antara 30-60saat antara latiham.
  10. Mengekalkan berat badan ideal – anda perlu melakukan 55 minit senaman sederhana lima kali seminggu.

iSIHAT bil 06

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.