Pengambilan pil secara kerap mungkin mampu mengurangkan tahap kesakitan kepala yang dihidapi. Namun begitu,menurut Robert Kaniecki, Ketua Bahagian Sakit Kepala di Universiti Perubatan Pittsburgh, sebaik-baiknya anda perlu mengehadkan pengambilannya kepada hanya dua kali seminggu.
Jika perlu lebih rawatan, berjumpalah doktor. Namun begitu, sekiranya mahu mengelak daripada menelan sebarang pil, mungkin anda boleh mencuba beberapa kaedah di bawah:
- Letakkan ais di kepala
- Lakukan pergerakan YOGA
- Urut atau picit kepala anda