Garam

APA ITU GARAM

Garam adalah bahan yang memberi rasa masin. Io boleh didapati dalam bentuk garam halus atau kasar yang di tambah dalam makanan atau yang tersembunyi seperti yang terdapat dalam sos, kicap, taucu,  mayonis, keju, ikan masin serta serbuk atau kiub perisa.

Adakah Kita perlu Garam?

Garam diperlukan untuk;
1. Kawal keseimbangan cecair badan
2. Fungsi otot dan saraf yang sempurna
3. Membantu kekalkan tekanan darah pada tahap yang normal

Garam yang berlebihan meningkatkan risiko tekanan darah tinggi

Berapa banyak Garam yang diperlukan?

Kita hanya perlu ambil garam kurang daripada 1 gram (1 sudu teh) sehari, termasuk garam tersembunyi.

Tip kurangkan pengambilan Garam

  1. Gunakan perencah asli seperti jus limau dan rempah ratus
  2. Kurangkan penggunaan Garam, perisa tiruan, kicap dan taucu dalam masakan
  3. Kurangkan pengambilan makanan yang diproses seperti makanan dalam tin, sosej, burger dan makanan segera
  4. Kurangkan penggunaan mayonis dan keju dalam penyediaan makanan
  5. Hadkan pengambilan garam kepada 1 sudu teh (6g) sehari
  6. Baca label makanan dan elakkan membeli makanan kaya dengan natrium klorida dan monosodium glutemate (MSG)
  7. Kurangkan makanan yang di awet seperti ikan masin, telur masin, belacan, cencaluk, budu serta jeruk asin buah-buahan dan sayur-sayuran
  8. Kurangkan makanan ringan yang masin seperti keropok dan kacang bergaram

Panduan memilih makanan kurang garam semasa makan diluar

  • Minta makanan anda dikurangkan garam atau MSG
  • Elakkan makan berkuah seperti mi segera, mi bandung dan sebagainya
  • Elakkan makanan tumis dengan ikan masin, contohnya sayur goreng ikan masin atau makanan dalam tin
  • Pilih nasi putihh berbanding nasi beriani, nasi tomato atau nasi goreng
Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.