Ketahui punca gigi jadi kuning dan langkah pencegahan
SECARA amnya gigi adalah komponen penting dalam mempersembahkan senyuman yang sempurna. Senyuman sempurna pula menampilkan paras rupa yang mampu meninggalkan pandangan pertama sukar dilupakan. Pendek kata mempunyai gigi yang putih berseri, tersusun dan cantik adalah aset paling berkesan untuk dikenang orang.
Selain itu, pencuci mulut mengandungi ‘chlorhexidine’ boleh menyebabkan gigi kuning dengan cepat, kesan trauma akibat hentakan hingga mengganggu saraf menyebabkan gigi mati dan bertukar warna kerana tiada nutrien. Malah penggunaan florida – kandungan dalam ubat gigi dan ubat kumur – secara berlebihan boleh menyebabkan fluorosis.
Fluorisis berlaku apabila kalsium disedut keluar menyebabkan gigi menjadi bertompok-tompok putih dan tidak sekata. Penuaan juga akan menyebabkan gigi kuning akibat permukaan gigi semakin haus selain rawatan akar yang menyebabkan gigi mati kerana tiada nutrien.
Bagi mereka yang menghadapi masalah ini, rawatan bersesuaian mampu menyelamatkan gigi sebelum keadaan bertambah serius. Pesakit disaran mendapatkan rawatan segera di klinik kerana ia paling berkesan. Doktor gigi akan menggunakan pelbagai kaedah memutihkan gigi termasuk mesin pemutih gigi yang canggih, ceper dan juga berus berbentuk pen.
Ubat gigi, ubat kumur dan gula getah dengan elemen pemutih yang dijual di farmasi juga boleh dijadikan alternatif walaupun kesannya kurang efektif.
“Oleh kerana ubat-ubatan itu menggunakan bahan asas hidrogen peroksida, sebagai pengguna anda perlu bijak membuat kajian dan bertanya mengenai rawatan memutihkan gigi kerana bahan berkenaan sangat berasid. Jika digunakan terlalu lama ia boleh menyebabkan gigi menjadi ngilu.
“Lebih selamat sekiranya memilih bahan paling rendah kepekatan ejen peluntur tetapi yang boleh memberi kesan efektif,” kata Dr Halina.
Pemeriksaan dan rawatan pergigian rutin diikuti penjagaan susulan selain mengurangkan tabiat buruk seperti merokok, pengambilan teh dan kopi serta mengamalkan gaya hidup sihat seperti berkumur-kumur selepas makan mampu mencegah gigi menjadi kuning.
- Amalan pemakanan
- Plak
- Pengambilan ubat-ubatan
- Cecair pencuci mulut
- Trauma
- Florida
- Penuaan
- Rawatan akar
- MerokokDr Halina boleh dihubungi di talian di 03-20921762 atau laman web, drhalina@dentalmatters.com
Berita Harian Online