Haid Tidak Teratur

haid tidak teratur

Soalan:

Saya baru mendirikan rumah tangga. Apa yang dirungsingkan, saya mempunyai masalah haid yang tidak teratur. Saya bimbang sukar mengandung. Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah ini?

 

Jawapan:

Memang ada wanita  mengalami kitaran haid yang tidak teratur, antara puncanya disebabkan stres, penyakit, berat badan tidak ideal, gangguan makan, serta masalah hormon. Kitaran normal haid wanita adalah antara 25-35 hari, dikira dari hari pertama haid sehingga  haid berikutnya. Kitaran haid yang panjang hingga lebih daripada 35 hari disebut oligomenorea, dan  kurang daripada 21 hari disebut polimenore.

Oligomenorea boleh mengganggu kesuburan, iaitu apabila  haid tidak teratur terjadi akibat gangguan hormon yang menyebabkan gangguan fungsi kilang telur (ovari). Sebaiknya lakukan pemeriksaan dengan doktor sakit puan untuk memperbaiki kitaran haid, berdasarkan penyebabnya.

Jika memang terdapat ketidakseimbangan hormon, doktor akan memberi terapi sesuai jenis hormon yang mengalami gangguan, misalnya dengan pemberian pil atau memperbaiki keseimbangan hormon.

Petikan: Majalah

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.