Kebersihan Vagina Selepas Bersalin

kebersihan vagina selepas bersalinJangkitan kuman pada luka-luka yang dialami semasa proses melahirkan selalu berlaku. Jangkitan  kuman pada pundi air kencing merupakan salah satu masalah yang kerap dialami oleh wanita selepas bersalin.

 Apabila jangkitan kuman berlaku, wanita kerap membuang air kecil tetapi sedikit dan terasa sakit atau pedih. Manakala jangkitan kuman juga berlaku pada luka di bahagian kemaluan. Luka episitomi ini boleh menimbulkan masalah jika jahitannya terbuka sebelum sembuh.

 Masalah pada luka ini jika tidak dirawat dengan betul boleh menimbulkan masalah jangka panjang seperti terasa sakit ketika mengadakan hubungan kelamin. Oleh itu, setiap wanita perlulah menjaga kebersihan serta menjauhkan masalah jangkitan kuman pada luka.

 Sepanjang tempoh berpantang, penting untuk anda meningkatkan sistem pertahanan diri supaya serangan kuman dapat dielakkan. Apa yang pasti luka akibat pembedahan caseraean atau guntingan episiotomi perlu dijaga dengan baik.

 Untuk melakukan penjagaan tempat sulit, pastikan tempat luka sentiasa bersih dan kering. Lap kering bahagian tersebut selepas ke tandas dan sapukan ubat luka yang diberi doktor. Elakkan menggunakan sebarang ubat tradisional seperti minyak atau herba dalam tempoh 10 hari pertama selepas luka dijahit.

 Setelah yakin luka sudah bercantum, barulah doktor memberikan kebebasan untuk membuat apa yang diingini pada luka tersebut.

 Bagi penjagaan bahagian vagina, anda boleh mengambil air rebusan herba ketika membersihkan bahagian itu sehingga 100 hari dan seterusnya. Antara ramuan yang digunakan ialah ibu kunyit, daun sirih, asam gelugur, manjakani, daun pegaga dan garam.

 Air basuhan vagina selepas bersalin

 *Sediakan periuk yang mengandungi air panas. Kemudian rebus daun pilihan (sama ada daun sirih bersama daun pegaga atau biji manjakani dengan beberapa helai daun sirih) bersama tiga sudu makan garam. Rebus ramuan tadi sehingga lembut. Kemudian sejukkan air rebusan tadi untuk membersihkan alat sulit dua hingga tiga kali sehari.

Feminine Wash Manjakani

– Masalah bau?
– Kegatalan?

Basuhan yg lembut, harum dengan bauanbest, diformulasikan dengan ekstrak utk penjagaan sempurna di bahagian intim wanita.

Disyorkan untuk diguna selepas anda bertangas. ia memberikan kesegaran dan kebersihan yang maksimum.

Formula istimewa dengan ekstrak manjakani dan sireh yang membantu membersih bahagian intim wanita, mengurangkan bau, mengurangkan kegatalan dan mengekalkan bahagian intim sentiasa bersih dan terpelihara. Ekstrak manjakani dan sireh telah digunakan secara tradisional untuk memberikan penjagaan sempurna dan diperkaya dengan haruman strawberi untuk memberikan lebih keselesaan.
Arahan: Tuangkan sedikit untuk membersihkan bahagian intim. Bilas sempurna.

Ia dijamin selamat dan tiada bahan kimia berbahaya.

Petikan Majalah PaMa

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.