Mudahnya Menjaga Kuku

tip-kuku-cantikPenjagaan kuku tangan dan kaki bukanlah perkara yang sukar tetapi dengan hanya meluangkan sedikit masa, kita akan sentiasa kemas dan bersih.

Cara-cara menjaga kuku:

  • Rendamkan kuku tangan dan kaki didalam bekas berisi air suam selama 15 minit. Gunakan berus lembut untuk membersih celah-celah kuku. Kemudian basuh dengan sabun yang lembut sebelum memotong kuku.
  • Kuku harus dipotong setiap minggu atau apabila dirasakan panjangnya sesuai dipotong. Hati-hati memilih pemotong kuku agar kuku tidak rosak.
  • Kuku tangan dipotong mengikut bentuk kuku supaya kelihatan kemas dan menarik. Bagi kuku kaki pula harus dipotong lurus agar bahagian  tepi kuku tidak menikam isi.
  • Apabila hendak merapikan kuku, gunakan pengikir yang sesuai.
  • Senaman tangan dan kaki boleh melancarkan perjalanan darah disamping menguatkan kuku kaki dan tangan.
  • Setiap kali melakukan aktiviti, pastikan tangan dan kaki dibersihkan atau dibasuh.
  • Keringkan tangan dan kaki dengan menggunakan kain bersih. Sapulah dengan losyen khas untuk tangan dan kaki. Tangan menjadi lembut, kaki kelihatan bersih dan kuku menjadi sihat.
Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.