Keguguran adalah kisah sedih bagi wanita yang hamil. Tidak kiralah berapa usia janin yang dikandung. Sewaktu ia gugur, keguguran itu akan membekas dihati si ibu.
Dari segi perubatan, keguguran bermaksud kandungan yang jatuh pada usia 28 minggu ke bawah. Manakala jika kandungan itu ‘jatuh’ selepas 28 minggu, ia dinamakan kelahiran.
Keguguran terbahagi kepada beberapa jenis. Sama ada itu normal sifatnya atau kendungan yang sengaja dilakukan, kedua2nya mempunyai risiko terhadap kesihatan jika tidak di rawat dengan betul.
Mengapa Keguguran Berlaku?
1. Faktor Ibu
Ibu tidak merancang kehamilan. Justeru tiada pemeriksaan kesihatan dibuat bagi mengesahkan ia bebas dari penyakit. Keguguran juga berlaku kerana ibu sudah lanjut usia.
2. Kecacatan Pangkal Rahim
Kecacatan pangkat rahim (cervical incompetence) dan kecacatan rahim (uterus) boleh menyebabkan keguguran. Dengan itu, sebelum hamil, dia sepatatutnya berjumpa doktor bagi memastikan tahap kesihatannya.
3. Faktor Janin
Jika kandungan tidak stabil dan ia merujuk kepada kandungan yang gugur sebelum 3 bulan.
Pengguguran adalah Haram!
Ia berpontensi mengundang maut dan masalah kesihatan kerana cara yang tidak sempurna boleh menyebabkan banyak masalah kepada ibu. Contohnya pendarahan, jangkitan, septisimea dan kematian juga berlaku.