Kesan Tidur Siang Pada Tubuh Badan

Untuk mendapatkan kesegaran badan berterusan, tidak perlu meminum kopi berkafein tinggi. Tiga puluh minit tidur siang ternyata sudah cukup menghilangkan keletihan anda dan menyegarkan lagi memori, serta meningkatkan suasana hati.
Walau tidak terlihat secara langsung, tidur siang nyatanya juga memberi kebaikan bagi kesihatan kulit anda. Diambil dari 3 Fat Chicks, tidur siang yang cukup dan tidak berlebihan akan membantu menurunkan hormon stress anda. Dengan menurunnya stress, fikiran pun menjadi lebih segar dan optimis [positif] dan mengurangi risiko penuaan kulit.

Sebaliknya, kurang tidur dapat memberi kesan buruk pada warna/keadaan kulit, seperti berwarna kekuningan, pucat, dan tidak segar. Sebabnya adalah, tubuh anda tidak mempunyai cukup waktu untuk melepaskan hormon-hormon pertumbuhan yang memberi kesan pada produksi sel baru, mengganti sel lama. Inilah rahsia mengapa tidur yang cukup dapat membuat anda lebih segar.

Tidur siang yang baik tidak perlu lama, yang penting berkualiti. Untuk meraih kesihatan kulit yang sempurna, tidur siang efektif dilakukan selama kurang dari satu jam. Tiga puluh minit adalah waktu ideal. Bahkan Sara C. Mednick, PhD. dari University of California, Amerika, via WebMD, menyatakan bahawa 15 sampai 20 minit untuk tidur siang sahaja sudah cukup untuk menyegarkan sistem dan meningkatkan “fungsi” di tubuh anda.

 

Petikan: Yahoo Artikel

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.