Mengatasi Masalah Kembung Perut

Ambil seketul halia bersaiz sederhana besar, bersihkan dan ditumbuk sedikit. Kemudian, masukkan ke dalam gelas dan tuang air panas mendidih pada anggaran setengah gelas. Tutup permukaan gelas tersebut dengan piring selama 10 minit.

Selepas itu, tapis dan jadikan dua bahagian. Sebahagiannya anda minum dan sebahagian lagi disimpan di dalam peti sejuk. Sekiranya perut anda terasa kembung lagi, ulang meminumnya hingga perut berasa lega.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.