Menguatkan Pertahanan Badan

Pelbagai suplemen harian yang dapat membantu menguatkan pertahanan tubuh. Antaranya:

Vitamin C

  • Seringkali digunakan dalam mencegah dan merawat demam selsema. Ia juga boleh melawan jangkitan kuman.
  • Ia juga memainkan peranan dalam pembentukan kolagen yang bermanfaat kepada kulit (pemtembuhan luka), ligamen, gigi dan tulang.
  • Ia termasuk dalam kategori antioksida penting dan lebih banyak diperlukan apabila kita berada dalam situasi tertekan (stres)
  • Ia hanya diperolehi daripada makanan seperti buah-buahan.
  • Yang paling penting, ia tidak disimpan dalam tubuh dan disinggirkan apabila berlebihan, oleh itu kita perlu mengambil vitamin C secara berterusan.

Vitamin E

  • Tergolong juga dalam kumpulan nutrien antioksida yang diperlukan untuk mengekalkan sistem imun yang sihat, jantung, dinding kapilari dan kulit.
  • Umumnya ia bertindak mencegah kerosakan lemak akibat radikal bebas dalam tubuh.

Gabungan nutrien-nutrien ini merupakan antioksida yang boleh melindungi sel-sel tubuh, meneutralkan radikal bebas dan dengan itu penting untuk kesihatan manusia.

Pengambilannya turut disarankan kepada mereka yang mengalami masalah berkaitan dengan peningkatan usia seperti kulit, katarak, kemerosotan daya pertahanan badan, artritis dan sebagainya.

(Mingguan Malaysia, 7 Jun 2009)

Kini produk Sauna Di Rumah dapat mengatasi masalah resdung, selsema dan mengurangi gejala dan ancaman penyakit merbahaya seperti stroke, darah tinggi, jantung dan kencing manis..

Layari produk kami dai http://saunarumah.com/

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.