Mengurangkan Punca Kanser

Sewaktu kenaikan harga barangan ni, kita perlu lebih berhati-hati di dalam pemakanan harian. Supaya badan sihat dan tak jatuh sakit. Bila jatuh sakit, lagi banyak belanja terpaksa dikeluarkan untuk ubat dan rezeki jadi terbantut.

Banyak-kan makan ikan, sayur, buah-buahan tempatan, kekacang hijau, kacang tanah dan parpu, bijirin seperti OATS dan minyak zaitun. Kurangkan makan daging lembu dan daging ayam ( jadi sekali-sekala dalam sebulan ). Kurangkan makan nasi lemak dan roti canai di pagi hari atau malam.

Campuran di bawah ini adalah pengganti makanan salah satu sajian utama harian, samada menggantikan makan pagi, tengahari ataupun malam. Kolestrol turun, darah bersih, jantung kuat, badan jadi langsing, tidak sembelit, bertenaga, memperkuatkan ingatan, perbaiki kekuatan seks, menurunkan risiko sakit jantung – darah tinggi – kecing manis – cancer.

2 sudu besar OATS + satu sudu kecil MADU + 21 biji KISMIS HITAM + AIR PANAS. Tunggu sampai dia kembang dalam masa 5 minit. Makanpun sedap.  Beli madu kat Pasaraya pun takpa. Lagipun, Allah merahmati rumah yang ada madu. Setanpun takut.

Bila boring makan OATS, gantikan dengan hanya memakan 7 biji kurma TANAH ARAB ( bukan korma Iran, bukan Mesir, bukan India dan bukan China). Dan pagi tu buat segelas minuman seperti ini : AIR PANAS + sesudu kecil MADU + 5 titik minyak HABBATUSSAUDA’ . Kalau nak juga pekena Teh O, tambah teh dalam gelas tu. Jangan tarok gula.

Kalau bosan dengan 2 sajian tu, gantikan dengan sandwich telor yang digoreng dengan minyak zaitun dan rotinya perlu roti Whole Grain.  Sangat lazat sandwich ni. Elakkan roti putih yang diperbuat dari tepung biasa. Minuman sama macam atas.

Semoga dengan badan sihat, rezeki sahabat-sahabat semua diperluaskan seluas-luasnya dan dapat berjasa kepada pelajar-pelajar Islam, orang miskin dan anak-anak yatim.

Kiriman email dari SIM

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.