Obses Selepas Liposuction

Kewujudannya sejak 1974, menjadikan liposuction atau proses sedut lemak menjadi pilihan ramia individu untuk tampil langsing dengan mencatatkan lebih 450,000 kes setahun. Namun buat yang ingin melakukan prosedur sebainya memikirkannya secara mendalam. Kajian terkini Dr.Teri L. Hernandez, RN dan Dr. Robert H. Eckel, dari Sekolah Perubatan Universiti Colorado mendapati lemak yang disingkirkan menerusi kaedah tersebut kembali dalam tempoh satu tahun dan akan berkumpul semula terutamanya di bahagian atas abdomen, bahu dan juga trisep lengan. Pakar turut menyarankan supaya terus mengamalkan permakanan yang sihat dan bersenam sebagai kunci asas untuk kekal langsing!

Petikan: majalah ISihat

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.