Muntah adalah proses aktif, membabitkan pengecutan otot perut yang membolehkan kandungan di dalamnya dikeluarkan melalui perut.
Apakah yang menyebabkan kanak-kanak muntah? Muntah disebabkan oleh jangkitan virus yang membabitkan usus atau makanan yang kurang serasi dengan kanak-kanak terbabit. Selalunya, kanak-kanak muntah disebabkan oleh virus juga akan mengalami cirit-birit.
Jika kanak-kanak muntah melebihi 24jam tanpa cirit-birit, dia mungkin mengalami masalah yang lebih sukar.
Berapa lama anak saya akan muntah?
Umumnya, masalah muntah ini akan berkurangan selepas 6 hingga 24jam. Pertukaran dari segi pemakanan boleh mengurangkan masalah muntah dan dehidrasi. Jikan kanak-kanak mengalami masalah cirit-birit, ia akan berlarutan untuk beberapa hari. Cara yang terbaik ialah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan bagi mendapatkan rawatan yang sesuai supaya cirit-biritnya cepat sembuh.
Apa yang boleh anda bantu?
- Berikan dia ia dalam kuantiti yang sedikit selama 8 jam selepas muntah yang terakhir.
- Jika usianya kurang daripada setahun, gunakan garam rehidrasi [glukos].
- Jika tiada garam, berikan susu tetapi dalam kadar yang sedikit.
- Berikan dalam jumlah yang sedikit [satu sudu teh] dan berikan setiap 5 minit.
- Selepas 4 jam, tambahkan kuantitinya.
- Sekiranya muntah masih berlaku, hentikan seketika selama 1 jam dan mulakan semula dengan kuantiti kecil.
Kalau anak anda muntah, jangan berikan ubat-ubatan melalui mulut. Jika demam, pilihlah ubat yang diberi melalui punggung.
Bilakah saya perlu mendapatkan nasihat doktor?
- Anak mula tunjukkan tanda-tanda kering atau dehidrasi
- Darah dalam muntah
- Jika kandungan muntah mengandungi jus hempedu [bilous vomiting], biasanya muntah berwarna hijau
- Muntah berterusan diikuti dengan cirit-birit yang terlalu kerap
- Anak anda lemah, tidak bermaya dan kelihatan lesu
Petikan dari Buku Panduan Sihat Wanita dan Kanak-Kanak


