Bengkak urat semasa hamil adalah perkara biasa yang dialami oleh ibu-ibu hamil. Ini kerana tekanan berat akibat perut yang membesar memberi tekanan kepada pengaliran darah khususnya dari bahagian bawah ke atas. Cecair yang terkumpul akibat duduk terlalu lama di ofis menyebabkan cecair ini terkumpul di bahagian kaki dan membengkak.
Untuk membantu mengelakkan masalah bengkak urat (Varicose veins) ketika hamil adalah seperti berikut:
- Cuba mengelak mengangkat benda berat
- Jangan pakai pakaian ketat
- Cuba angkat kaki ketika duduk
- Jangan berdiri atau duduk dalam jangka masa yang lama
- Buat senaman ringan setiap hari
- Jangan duduk atau baring terlalu lama. Sekali-sekala bangun dan berjalan.
- Tidur mengiring ke sebelah kiri dapat mengurangkan tekanan saraf, saraf terbesar terletak di sebelah kanan.
- Rendam kaki dalam air sejuk.
- Jangan menyilang kaki semasa duduk terutamanya dalam masa yang lama.
- Regangkan kaki anda dan pusingkan pergelangan kaki anda, begitu juga jari-jari kaki anda. Gerak-gerakkan.
- Minum air secukupnya.
- Gunakan kasut dan stokin yang selesa. Jangan pilih yang ketat.
- Kurangkan pengambilan garam dan makanan pedas.
- Gunakan penyokong perut untuk wanita hamil untuk mengurangkan tekanan.
- Amalkan senaman yang sesuai untuk wanita hamil.