Petua Menghilangkan Mulut Berbau

Mulut atau nafas berbau memang tidak menyeronokan. Jika anda mengalaminya, segeralah bertemu doktor atau merawatnya melalui cara traditional. Orang-orang dahulu selalu menggunakan buah pelaga untuk mengelak nafas berbau.

Cara-caranya: 

Ambil 10 biji buah pelaga, dan makanlah 10 biji pada setiap hari. Jika dilakukan, insya-Allah bau di mulut anda akan hilang.

 

Buah Pelaga bukan sekadar rempah biasa. Aromanya yang enak membantu menyegarkan nafas individu sekali gus mengatasi masalah halitosis atau nafas berbau.
Mengandungi protein, karbohidrat, serat, kalsium, fosforus dan zat besi, buah pelaga juga bermanfaat untuk penghidap asma, bronkitis dan pelbagai alahan pernafasan.
Tidak hanya itu, rempah ini turut berupaya merangsang percernaan dan berkesan dalam merawat kembung perut, angina dan membantu melegakan asid di dalam perut.

 

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.