Sharing is Caring ❗️
Petua rawat “Batu Dalam Hempedu (gallstone flush)” tanpa pembedahan.
Cara 1 : Express 1 hari
1. Puasa dari jam 12 malam sebelum mulakan cara ini pada keesokan hari. Maksudnya makan malam sebelum 12 malam.
2. Esok pagi sarapan – minum jus 3 biji epal hijau (granny smith) . Boleh dapat di kebanyakan pasaraya. Saya kupas kulitnya dan blend sendiri.
3. Makan tengahari – minum jus 3 biji epal hijau
4. Makan malam – minum jus 3 biji epal hijau
5. Banyakkan minum air kosong selama proses ini.
6. Sebelum tidur (10 malam) – Campurkan air perahan lemon (3 biji) dengan minyak zaitun (250ml) . Minum sampai habis.
7. Lansung tidur. Kalau boleh posisikan badan mengiring ke kanan dan rapatkan kaki ke badan (tidur dengan badan kerekot). Ini dapat membantu proses mengeluarkan batu hempedu.
Insyaallah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu2 karang keluar.
Cara 2: Proses 6 hari
1. Setiap hari minum air epal hijau (granny smith) selama 5 hari pertama selepas makan sarapan, makan tengahari, makan petang dan makan malam.
2. Pada hari ke 6 : Lepas sahur mula puasa.
3. Buka puasa lebih kurang jam 6 petang.
– 6 pm : minum dengan bancuhan 1 cawan air dan 1 sudu teh garam Epsom.
– 8 pm : ulang minum garam Epsom (boleh didapati di Guardian atau farmasi)
– 10 pm : Sebelum tidur. Campurkan air perahan lemon (3 biji) dengan minyak zaitun (250ml) . Minum sampai habis.
Perut akan rasa memulas nak buang atau rasa nak buang esok pagi.
Seelok-eloknya rancang bila nak mula proses hari pertama. Supaya tak ganggu rutin harian. Contohnya hari ke 6 tu jatuh pada hari hujung minggu. Tak ada la letih sangat sebab berpuasa.