Kebiasaannya pening kepala adalah disebabkan terlalu banyak membuat kerja, kurang tidur, makanan kurang dihadam dan perut kotor iaitu banyak toksin. Kadang-kadang ia menyebabkan muntah-muntah. Dalam petua tradisional, daun sawi sangat sesuai digunakan untuk merawat masalah ini.
Ambil beberapa daun sawi iaitu lebih kurang 6 lebar daun. Kemudian dikisar sehingga lumat. Letakkan sedikit garam dan gaulkan. Kemudian gosok-gosokkan pada dahi dan pelipis. Amalkan. Insya-Allah sakit kepala akan berkurangan.