Kehamilan boleh memberikan kesan yang menakjubkan kepada rambut seseorang wanita. Dari bulan keempat kehamilan rambut akan berada pada keadaan yang paling baik. Ia lebih berkilat, lebih lebat, lebih mudah untuk diurus, kurang berminyak, kurang kelemumur dan masalah-masalah kulit kepala juga akan berkurangan. Keadaan rambut yang yang lebih baik ini diakibatkan dari peningkatan dalam hormon-hormon seks wanita (terutamanya estrogen).
Namun selepas kandungan dilahirkan, akan selalu terjadi keguguran rambut akibat dari hormon-hormon tersebut mula berkurangan kepada tahap biasa. Rambut yang gugur selepas kelahiran kandungan adalah rambut yang kebiasaannya akan gugur sewaktu sembilan bulan kehamilan tetapi tidak gugur dan kini akan gugur dari bulan kedua hingga keenam selepas kelahiran bayi.
Keguguran rambut selepas kehamilan menimpa hampir 40% dari wanita yang mengandung dan boleh menjadi suatu pengalaman yang menakutkan serta mengecewakan. Walaupun rambut baru tidak dihasilkan, folikel-folikel kekal hidup, memberi harapan bahawa rambut baru masih boleh tumbuh. Namun sekiranya tidak dirawat, ia boleh menjadi kehilangan rambut yang kekal. Keguguran rambut juga ketara pada wanita-wanita yang menyusukan bayi mereka.
Punca-punca lain keguguran rambut ini adalah:
Tekanan
Selepas bersalin, wanita menjadi ibu sibuk menguruskan keperluan keluarga dan bayi yang baru lahir. Lebih memburukkan keadaan apabila si ibu juga perlu bekerja.
Menghadapi pelbagai tekanan dalam mengendalikan kesemua tugas-tugas ini membatasi masa untuk ibu menjaga kesihatan dan kebersihan rambutnya.
Jika tidak diberi perhatian, masalah keguguran rambut yang dialami setiap ibu selepas melahirkan akan menjadi semakin teruk. Namun, dalam tempoh setahun itu sekiranya ia tidak dirawat dengan segera, masalah tersebut akan menjadi semakin serius sehingga akhirnya boleh menjadi keguguran rambut jenis wanita (female pattern baldness). Masalah rambut ini adalah jenis kekal dan sukar untuk ditangani.
Berusia dan memiliki ramai anak
Ibu yang semakin berusia dan telah mengandung lebih dari tiga kali berisiko lebih tinggi berbanding ibu muda atau yang memiliki bilangan anak yang sedikit. Masalah menjadi lebih rumit apabila ibu yang memiliki bilangan anak yang ramai serta tidak menjaga kebersihan rambut mereka akan menyebabkan rambut gugur dengan lebih banyak.
Malah, semakin ibu berusia bermula pula masalah puncak kepala (crowning area) semakin menipis. Ia bermula daripada bahagian tengah dan merebak ke bahagian tepi. Sebab itu boleh dilihat pada kebanyakan orang tua, wanita terutamanya, rambut di bahagian tengah kepala amat nipis dan sedikit sehingga boleh dilihat kulit kepalanya. Ia berlaku bukanlah disebabkan masalah hormon semata-mata tetapi juga disebabkan penjagaan rambut selepas bersalin yang tidak betul.
Pola pemakanan tidak sihat
Selain itu, amalan pemakanan yang tidak sesuai boleh menyebabkan masalah keguguran rambut menjadi semakin serius. Seperti yang diketahui, kebanyakan ibu-ibu selepas bersalin mengawal pemakanan agar dapat mengembalikan semula bentuk tubuh langsing seperti sebelum hamil. Hal ini sebenarnya boleh menyebabkan mereka banyak kekurangan nutrisi yang amat diperlukan oleh tubuh.
Berbanding lelaki, proses penuaan wanita berlaku dengan lebih cepat. Sebab itu, kulit kepala juga akan menjadi tua dengan lebih cepat berbanding lelaki. Masalah penuaan ini menyebabkan liang-liang rambut menjadi kosong. Liang-liang rambut yang kosong ini jika dibiarkan dan tidak diaktifkan bagi pertumbuhan rambut baru, ia akan tertutup dan terbenam.
Kalangan lelaki, mereka yang mengalami masalah rambut sekiranya tidak dirawat dalam tempoh 10 tahun sekalipun keadaan rambut mereka masih sama. Bezanya wanita, tempoh dua hingga tiga tahun sudah cukup membuatkan wanita kelihatan ‘botak’ kerana liang-liang rambut cepat tertutup. Liang-liang rambut yang tertutup dan terbenam tidak boleh dirawat atau diaktifkan lagi.
Rawatan: Menggunakan Vitamin Untuk Rambut