Petua Meluruskan Rambut

rambut lurus

Ramai wanita mengidamkan rambut lurus dan menawan. Kini terdapat teknologi moden untuk meluruskan rambut, namun jika tidak mahu menggunakan perawatan moden, apa kata cuba cara tradisional yang mudah.

Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja. Campurkan dengan air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini untuk disapukan pada kulit kepala dan keseluruhan rambut. Tutup kepala dengan tuala selama satu jam. Selepas itu, barulah bilas dengan air sehingga bersih. Lakukan tiga kali seminggu. Anda akan dapati rambut keriting menjadi lurus sedikit demi sedikit.

dari Majalah PaMa

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.