Allicin Sebagai Antibiotik

Jangkitan Fungus atau Kulat boleh berlaku pada lapisan atas kulit, kulit kepala, dicelah antara jari kaki, bawah kuku dan sebagainya, dan setiap bahagian badan yang berbeza mempunyai nama jangkitan yang berbeza.

Biasanya ia disebabkan oleh sejenis spesis Fungus yang dipanggil Candida dan Tinea. Fungus ini dibawa oleh binatang peliharaan seperti kucing dan anjing dan boleh berada di persekitaran kita seperti pada tuala, sikat rambut, bantal, topi dan mudah dijumpai di kawasan yang suam dan lembap seperti bilik mandi.

Langkah pencegahan perlu dipraktikkan seperti

  1. Meningkatkan tahap kebersihan serta mengeringkan dengan sempurna seluruh bahagian tubuh.
  2. Jika jari kaki anda banyak berpeluh, tukarkan stoking bersih sekerap mungkin.
  3. Bawang putih merupakan  kaedah semula jadi yang boleh dijadikan pilihan.
  4. Allicin antara komponen aktif yang bertindak sebagai antimikrob, antibakteria, anti fungus dan anti virus.
  5. Allicin mengandungi bahan antibiotik semula jadi yang berpontensi membantu sistem imun badan dalam beberapa cara, termasuklah merangsang sel, membunuh patogen dan menyingkirkan karsinogen.
  6. Allicin mampu menembusi dinding sel mikro-organisma dan menjejaskan kesimbangan biokimia dan menghalang aktiviti mereka.
  7. Allicin yang berpekatan tinggi sesuai diambil semasa anda mendapat jangkitan, sama ada jangkitan yis, kulat, selesema, cirit-birit dan keracunan makanan.

(Mingguan Malaysia, 7 Jun 2009)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.