Anemia

Anemia diakibatkan oleh kekurangan sel darah merah. Ia adalah suatu keadaan dimana sel darah merah yang matang yang membawa oksigen ke seluruh tisu badan berkurangan. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dinamakan haemoglobin. Anaemia biasanya bermaksud haemoglobin yang tidak mencukupi. Paras Haemoglobin yang normal adalah diantara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki.

Sebab-sebab Anemia

1. Kehilangan darah (samada akut atau kronik)
* Kehilangan darah yang akut boleh dilihat semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gentian darah.
* Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan lain-lain keadaan.
2. Pembentukan sel darah merah yang tidak mencukupi dari tulang sum-sum.

Ini mungkin disebabkan oleh :

* Kekurangan faktor penting seperti zat besi,, vitamin B12, folate dan erythropoietin.
o Pembesaran yang mendadak bagi remaja, menyebabkan penambahan keperluan zat besi dimana ianya melebihi paras penyerapan zat besi.
o Kitaran haid bagi wanita dengan kehilangan anggaran 30mg zat besi setiap bulan menyebabkan kekurangan zat besi.
* Faktor Toksik : Penyakit Inflamasi, kegagalan hati dan ginjal, ubatan.
* Kekurangan hormon : Paras hormon tiroid rendah.
* Serangan tulang sum-sum : kanser darah, penyakit tulang sum-sum.
* Gangguan pembentukan sel darah merah: keadaan seperti Talasemia.

2. Pemusnahan sel darah merah yang berlebihan

Mungkin berlaku didalam beberapa jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat.

Jenis Anemia yang biasa berlaku ialah :

* Anemia disebabkan kekurangan zat besi.
* Talasemia

Tanda-tanda dan gejala: Ramai remaja menghidapi Anaemia dan tidak mengetahui sebabnya. Gejala-gejala termasuk:

* Keletihan setiap masa
* Pening
* Sesak nafas apabila melakukan atktiviti fizikal
* Kulit pucat
* Kadar denyutan jantung yang cepat
* Kurang daya ingatan
* Kurang berat badan

Jika Anemia sangat teruk ia akan menyebabkan :

* Kegagalan jantung dimana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi.
* Masalah semasa mengandung seperti melahirkan anak pramatang dan pertumbuhan janin yang terencat semasa berada didalam kandungan.

Rawatan: Pemeriksaan haemoglobin untuk menentukan samada anda menghidapi anaemia atau tidak boleh dilakukan di klinik berhampiran dengan anda.

Rawatan Anemia bergantung kepada jenis Anemia yang dihadapi.

* Jika ia disebabkan oleh masalah perubatan seperti Talasemia, Leukaemia, rawatan khusus perlu dilakukan.
* Jika ia disebabkan oleh kekurangan zat besi, maka ia perlu mengambil makanan seimbang yang mengandungi zat besi yang tinggi dan juga pil tambahan zat besi.


Supplements yang disyorkan untuk penyakit ini ialah ;

  1. Vitamin B6 (Pyridoxine)
  2. Vitamin B12 (Cobalamin)
  3. Folic Acid
  4. Iron
Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.