Vitamin D

Vitamin D  juga dipanggil “sunshine vitamin”.

Vitamin D diperlukan supaya badan kita boleh menyerap kalsium dan fosforus. Ia diperlukan semasa membina  tulang dan gigi, mengekalkan fungsi sistem saraf dan jantung.

Vitamin D unik sebab ia berfungsi bukan sahaja sebagai suatu vitamin tetapi juga sebagai suatu hormon yang mengawal penyerapan kalsium daripada usus-usus dan mengawal paras kalsium dan fosforus dalam tulang.

Sumber-sumber yang kaya dengan vitamin D ialah hati, minyak ikan, germa gandum, jangung dan lain-lain sayur-suyuran hijau , minyak sayur-sayuran seperti jagung dan kacang soya.

Kekurangan dalam vitamin D boleh mengakibatkan penyakit riket, kerosakan gigi, tulang yang lembut. Ia juga menyebabkan penyerapan kalsium yang tidak lengkap serta penyimpan fosforus pada buah ginjal.

Riket

Riket ialah suatu penyakit tulang yang terdapat terutama sekali di kalangan kanak-kanak. Ia disebabkan oleh kekurangan kalsium, fosfat atau vitamin D. Ketidakupayaan badan kita menggunakan bahan-bahan di atas dengan sempurna juga boleh mengakibatkan riket. Tulang menjadi bagitu lembut sehingga ia melengkung dan menghasilkan bentuk yang luar biasa. Riket pada kanak-kanak boleh dihentikan apabila mereka mengambil vitamin D dalam kuantiti yang banyak.

Petikan dari http://www.geocities.com

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.