Langkah Mengatasi Depression Atau Kemurungan

Saban hari angka peratusan rakyat Malaysia mati kerana membunuh diri meningkat. Faktor utama kejadian ini adalah kerana KEMURUNGAN atau DEPRESSION.

Dengan itu, disini terdapat langkah-langkah untuk menangani penyakit atau masalah ini.

Melakukan senaman boleh mengurangkan perasaan kemurungan dan depression. Lakukan senaman sebanyak 2 atau 3 kali seminggu.

Banyakkan berkawan untuk menghindari daripada keseorangan. Dengan adanya rakan-rakan, dapat mengurangkan rasa tekanan anda.

  1. Anda perlu mengawal emosi sebelum emosi mengawal anda.
  2. Jauhkan dari daripada berfikiran negatif
  3. Lakukan senaman untuk meningkatkan Adrenalin
  4. Bagi yang beragama Islam, jangan lupa solat 5 waktu sehari semalam
  5. Banyakkan social networking-memperbanyakkan kawan
  6. Sekiranya masih tidak berjaya menangani masalah anda, jangan malu segera ke klinik untuk mendapatkan rawatan pakar.

Bagi mereka yang beragama, sentiasalah mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa kerana disitulah anda akan mendapatkan ketenangan jiwa dan rohani dengan meletakkan segala urusan kepadaNya 100% peratus.  Banyakkan istigfar daripada mengisi masa dengan memikirkan masalah yang anda hadapi itu.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.