Mitos Makanan Terlarang Ketika Berpantang

TEMPOH berpantang merupakan waktu bagi wanita bersalin merehatkan diri. Namun begitu, terdapat pelbagaia pantang larang perlu diikuti terutamanya membabitkan pemakanan. Bagi mereka yang berpantang, sebaiknya diketahui beberapa fakta dan mitos mengenai penjagaan diri ketika berpantang.

MITOS 1:

Takut memakan makanan sayuran dan buah kerana sejuk untuk badan.

Fakta 1:

Sebenarnya sauran dan buahan seperti kangkung, kekacang, bayam, labu, sawi dan lain-lain memberi sumber vitamin dan mineral dan mengelakkan sembelit serta mempercepatkan proses penyembuhan luka. Sayuran hijau mempunyai klorofil membantu meransang pembentukan sel darah merah pada pesakit anemia.

MITOS 2:

Minum air banyak boleh menyebabkan buncit perut.

Fakta 2:

Orang dewasa digalakkan minum air sekurang-kurangnya dua liter sehari. Begitu juga wanita dalam pantang. Minum air yang cukup boleh mengelakkan sembelit dan membantu pengeluaran susu ibu dengan baik. Tubuh akan hilang 1.7liter air sehari melalui proses pernafasan dan perkumuhan. Bayangkan jika anda cuma seliter air atau kurang dalam sehari. Air yang cukup juga penting untuk menstabilkan suhu badan.

MITOS 3:

Makanan laut boleh menyebabkan gatal dan berbisa. Contohnya udang,kerang.

Fakta 3:

Sebenarnya jika tidak ada alergi, ia boleh dimakan untuk mendapatkan sumber protein. Tidak semua orang akan mengalami alergi setelah memakan makanan laut. Tahap dan simptom alahan yang dialami setiap orang itu akan berubah mengikut umur.

MITOS 4:

Memakan telur boleh menyebabkan luka bernanah.

Fakta 4:

Nanah sebenarnya disebabkan oleh jangkitan kuman. Telur adalah sumber protein dan baik untuk pemulihan luka dalaman. Telur kaya dengan vitamin dan mineral. Sebutir telur mengandungi 251 miligram Kolin. Kolin merupakan nutrisi penting, terutama untuk wanita hamil kerana perananya dalam pembentukkan otak janin sehingga terbentuk menjadi bayi, malah memberi kesan kepada memori selepas bayi dilahirkan.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.