Daun sirih sangat popular di kalangan orang tua-tua. Mungkin kini ada ibu-ibu muda yang kurang tahu mengenai khasiat daun sirih ini untuk kesihatan, kecantikan atau penjagaan rumah.
Halau semut
Rimas melihat semut banyak menghurung makanan di rumah? Daun sirih boleh menghalau semut tersebut. Caranya, ambil beberapa helai daun sirih, ramaskan dan letakkan di mana laluan semut berada. Semua akan lari dengan sendirinya.
Perapat & Pewangi
Daun sirih berfungsi sebagai perapat wanita yang sudah berkahwin. Caranya, rebus daun sirih, basuh bahagian vagina menggunakan air rebusan daun sirih yang masih hangat.
Menyegar dan mencerahkan mata
Masalah mata kurang bermaya boleh diatasi secara tradisional menggunakan daun sirih. Caranya, ambil air rebusan daun sirih dan cuci muka dan mata. Amalkan selalu jika mahu melihat hasilnya.
Penawar resdung
Bagi yang mengalami resdung dan selalu bersin di waktu pagi, elok amalkan membasuh muka dengan air rebusan daun sirih setiap hari.
Penambah susu badan
Daun sirih boleh menambah susu ibu yang sedikit dan kurang lancar. Ambil daun sirih dan sapu dengan minyak kelapa. Layurkan daun tersebut pada api dan tekap pada sekeliling buah dada anda.
Tegangkan Payudara
Ia mempunyai peranan penting dalam menganjalkan payu dara. Sediakan beberapa helai daun sirih. Layurkan di atas api dan angkat setelah agak-agak panas. Hati-hati supaya daun sirih tidak terbakar. Kemudian tekapkan kepada payu dara. Bentukkan ia seperti cawan kopi tetapi tidak menutup puting. lakukan langkah yang sama terhadap payu dara satu lagi. Selepas itu, pakai coli seperti biasa dan biarkan sehingga 2 atau 3 jam. Jika mahu, amalkan petua ini setiap hari. 🙂
Membentuk Bulu Kening Anak
Tangkai sirih dipotong dari daunnya. Putuskan yang bawah iaitu yang menemukannya pada daun itu, kemudian tangkai tadi dilukis pada bulu kening anak. Amalkan kepada anak anda yang masih berumur sebulan hingga menjangkau usia setahun. Selain membentuk bulu kening, ia juga akan melebatkan bulu kening anak anda.
Meredakan Demam Kuning Baby
Rebus daun bunga raya, daun sirih dan air kelapa. Bilas dan bersihkan ke badan bayi untuk beberapa hari.
Memerahkan bibir yang hitam
Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam.
Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.