Tips Nak Raya

raya

Bismillah. Segala puji bagi Allah Tuhan Sekelian Alam dan Salam dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w

Tip menguruskan duit gaji di musim perayaan, supaya tidak terbabas, In Syaa Allah.

1. Bayar dahulu semua ansuran wajib, termasuk rumah, kereta, personal loan, minimum payment kad kredit.

2. Balik kampung jangan beli barangan hiasan, pinggan mangkuk lagi, kerana di rumah sudah ada barangan yang mencukupi untuk hidup.

3. Balik kampung jangan bawa semua duit, tinggal salah satu kad ATM, sekiranya takut semua duit habis.

4. Dahulukan orang yang benar-benar memerlukan duit bagi memberi duit raya.

5. Berikan duit raya dalam jumlah yang kita benar-benar mampu dan bukan dalam jumlah yang kita terpaksa kerana takut nanti apa kata ipar duai.

6. Kurangkan bilangan rumah kita pergi ziarah dengan kenderaan, sekiranya ekonomi kita tidak stabil, sekiranya stabil, boleh ziarah saudara yang tinggal di England.

7. Ingat hari raya di dalam Ajaran Islam adalah solat Aidil fitri. Kuih raya, duit raya, baju raya yang berlabuci, labu sayung itu adalah stail kebanyakan orang sahaja. Buat boleh tidak buat pun tidak mengapa.

Astaghfirullah.

Petikan: Shamsudin, FB

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.