Tidak! Ini kerana ketika haid, tubuh wanita mengeluarkan telur yang tidak subur dan lapisan tubuhnya bersedia untuk telur yang subur, justeru agak sukar untuk hamil ketika ini. Begitu pun, ia bukanlah lesen atau ‘lesen besar’ untuk menghalalkan hubungan seksual ketika hamil.
Hubungan seksual ketika haid boleh mengakibatkan satu komplikasi hubungan intim iaitu STD. Seriusnya STD memungkinkan wanita tidak boleh hamil. Antaranya Gonorea, Ketuat, Chlamydia dan Genital Herpes.
Kenyataan ini daripada seorang Doktor. Namun begitu, kita juga dilarang melakukan hubungan intim ketika isteri dalam keadaan haid, jika mengandung… dikuathiri janin yg membesar akan mempunyai masalah dan kemungkinan juga anak yang dilahirkan mempunyai kecacatan dan masalah2 penyakit yang lain. Ini kerana keadaan darah haid yg kotor itu ketika pembentukan janin.
Jadikan Agama/Al-Quran kita sebagai petunjuk jalan kebahgiaan. HARAM hukumnya melakukan perhubungan ketika haid.
“Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu adalah kotoran dan mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.”