Kebanyakkan wanita menghadapi Morning Sickness di awal trimester pertama. Ia dipercayai berpunca daripada perubahan fisiologi, hormon dan alahan terhadap bau-bau tertentu. Akibatnya akan kerap merasa loya dan muntah ketika waktu pagi. Segelintir daripada wanita hamil mengalaminya sepanjang hari.
Kebanyakkan wanita mengalami morning sickness mulai awal mengandung sehingga minggu ke-10. Sepatutnya, pada minggu ke-14, sudah tiada lagi masalah ini. Namun, ada juga yang mangalami sehingga hari kelahiran.
(Dr Mohamad Rafi Mohamed Feizal, Pakar Perbidanan dan Obstetrik)
Masalah ini akan beransur pulih bila usia kehamilan meningkat. Ia tidak merbahayakan kandungan anda. Malah, ada Doktor menyatakan ‘morning sickness’ menandakan bahawa bayi anda dalam keadaan sihat. Walaubagaimana pun, jika anda mengalami morning sickness dan pada masa yang sama mengalami penurunan berat badan, ia akan jadi satu masalah! Ini kerana mungkin anda mengalami dehidrasi yang memungkinkan anda untuk mendapatkan rawatan segera.
Terdapat beberapa panduan untuk mengatasi masalah ‘morning sickness’, iaitu
- Makan dengan jumlah yang sedikit tetapi kerap
- Jangan berbaring selepas anda makan
- Elakkan makan makanan yang berlemak
- Hindari bau-bauan yang tidak menyenangkan
- Makan makanan yang masam jika tekak terasa loya
(Panduan Kehamilan, Kelahiran dan Penjagaan Awal Si Manja)