1. Baca surah Al-fatihah 1x
surah Al Qausar 1x
selawat 3x
Kemudian minum air selusuh
2. Minum air zam zam dan makan buah kurma
3. Baca surah al fatihah 1-4 x
4. Kerap mandi
5. Selawat 3x baca ayat kursi tiup dalam air minum dan sapu pada perut.
Cara yang nurse ajar untuk speed up BUKAAN RAHIM:
1. Baring mengiring sebelah kiri.
2. Kaki kiri lurus.
3. Kaki kanan bengkokkan sikit.
4. Bile time contraction dtg / time rasa sakit, Tarik punggung anda sekuat hati menggunakan tangan kanan and teran.
Antara tips2 lain untuk memudahkan bersalin:
- 2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga.
- Bila sakit nk bersalin, makan sebiji telur mentah.
- Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka
- Rebus epal hijau pastu makan time tgh sakit contraction
- Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin
- Time kat labour room, banyakkan membaca al-fatihah dan doa nabi Yunus serta sebut “Ya Fattah” berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin
- Amalkan minum air kelapa hujung2 nk bersalin. (ni mmg aku amalkan jugak, nanti baby lahir kulitnya bersih je)
- Makan kurma dalam bilangan ganjil
- Banyakkan berjalan, naik tangga ke… Exercise sebelum deliver baby
- Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby
- Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari2 kaki and tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.
- Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sb nt koyak teruk (aku mmg failed nak pegang buku lali. Peha besar sgt…so pegang je la besi palang katil tu)
- Amaklan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut
- Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuar, tarik nafas dan lepaskan cepat2
- Amalkan baca “Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir” sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air
- Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu
- Minum air Selusuh. Lebih baik kalu dibuat sendiri oleh suami.. Berkat.