Petua Memilih Ayam Segar

Daging ayam yang segar kebiasaanya berwarna putih kekuningan. Apabila ditekan, daging ayam ini akan menanjal kembali ke bentuk asal. Manakala bagi daging ayam yang tidak segar, jari akan kelihatan seketika dan dagingnya berlendir dan lembut.

Kulit ayam mesti kelihatan cantik. Tidak terlalu banyak kesan luka atau robek. Dielakkan juga membeli ayam yang terlalu banyak patah tulang.

Membuang kulit ayam sebelum dimasak adalah elok kerana kebanyakan bakteria mudah terkumpul pada bahagian kulit.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.