Buah-buahan kering
Memiliki rasa yang manis, buah-buahan kering kaya dengan banyak zat mineral yang penting. Antaranya termasuklah zat besi. Ia juga mengandungi potasium dan magnesium di samping fiber. Rasanya yang manis sebenarnya datang daripada gula semula jadi yang terkandung di dalamnya iaitu fruktosa. Sifatnya yang kaya dengan nutrien menjadikan ia snek yang berkhasiat.

