Isi kandungan makanan yang pelbagai dalam peti sejuk boleh menimbulkan bau kurang enak. Walau bagaimanapun ada cara untuk mengatasi masalah ini iaitu dengan meletakkan hirisan buah oren dalam peti sejuk berkenaan. Apabila hirisan tersebut mengering, tukar kepada hirisan yang baru pula. Begitulah seterusnya. Usah ragu-ragu untuk mencuba cara ini kerana bukan sahaja mudah tetapi menjimatkan.
Selain oren, boleh gunakan kepingan roti. Cara sama seperti di atas.