Petua Hilangkan Sedu

Kadang-kadang selepas makan, anda merasa seolah-olah ada sesuatu mengganggu di tekak anda. Ia dikenali sebagai sedu. Ia terjadi kerana disebabkan salah satu bahagian urat saraf kita terganggu. Membuatkan tarikan nafas kita terhenti-henti.

petua-buah-betik-untuk-hilangkan-seduMungkin anda menelan makanan yang panas dengan gelojoh atau ada gangguan pada perut. Sedu boleh dihilangkan dengan mengambil masa yang panjang secara berehat. Masalah sedu ini anda boleh mengatasinya dengan minum air dengan cepat atau mengambil nafas dengan sedalam-dalamnya. Menurut orang dulu-dulu, sedu dihilangkan dengan petua menggunakan buah betik.

Cara-caranya ialah:

Buah betik yang masak dipotong sedikit. Kemudian campurkan dengan sesudu air limau nipis dan 2 sudu madu asli. Kemudian kacau bahan itu sehingga rata. Makanlah ubat ini sedikit demi sedikit selama dua hari.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.