Belacan banyak diminati oleh masyarakat kita. Apantah lagi kalau dibuat sambal belacan, kangkung goreng belacan.. hmm terliur pula rasa tekak ni. hihi. tapi itulah masalah lain pula yang timbul kepada sesetengah orang terutama yang mengalami resdung. Makan belacan pasti akan menyebabkan alahan.
Untuk itu, untuk kurangkan alahan disebabkan belacan, ikuti petua dari trymasak ini..
Panaskan kuali, masukkan belacan dan kacau hingga kering.
Proses ini mengambil masa yang agak lama. Tapi hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih kan?
Yang sedia maklum, belacan sering digunakan dalam pelbahai masakan harian sebagai penambah rasa. Untuk individu yang alah kepada belacan, teknik ini mampu mengurangkan alahan tersebut kerana belacan telah dikeringkan sebelum digunakan dalam masakan.
Belacan yang telah dikeringkan boleh bertahan sehingga 3 bulan.